Isnin, 21 Mei 2012

Kayuhan Elmina.


Ahad, 20 Mei 2012 – Alarm hand-phone berbunyi menunjukkan waktu sekarang ialah 5.30pagi. Hari ini ada ride ngan “Geng2 Kayuh Beb”. Lokasinya ialah “Elmina Trail”, Bukit Subang. Mula2 aku rasa cuak gak nak pergi sebab semua rider yang berstatus “GOING” memang kategori “Hardcore”. Di atas jemputan juga ada memberi pesan supaya membawa makananan & air secukupnya. Ini membuatkan aku jadi lebih PANIK & NGERI.  Namun setelah diyakinkan oleh beberapa rakan yang penah pergi ke sana aku tekad nak pergi jugak.

Untuk ride kali ini, sekali lagi aku menggunakan jentera Merida Matts TFS XC 900 yang memiliki keupayaan yang lebih baik dari Merida Matts 5 aku. Tepat jam 6.40pagi aku terus keluar rumah untuk bertemu dengan seorang lagi rakan yang turut serta dalam ride kali ini disebuah restoran di Seksyen 9 Shah Alam.

7.10pagi kami terus bergerak menuju ke lokasi kayuhan. Perjalanan adalah melalui Highway Bukit Jelutong (Tol RM1.40) – Kampung Melayu Subang (Bukit Subang) – selepas Kedai Gmart masuk kiri dan terus sahaja,  then masuk simpang kanan jumpa RV (Restoran Salma). Setibanya di RV kelihatan rider2 yang sampai awal telah berkumpul serta memasang basikal masing-masing. Tiba2 handphone aku berdering....seorang rakan kayuh telah tersesat jalan & aku terpaksa menjemputnya ke lokasi RV sebenar.

Lebih kurang jam 8.30pagi kesemua rider telah diberi taklimat kayuhan & selepas membaca doa kami pun memulakan kayuhan. Diperingkat permulaan laluannya agak mendatar (Kawasan Ladang Kelapa Sawit). Setelah masuk ke fasa kedua barulah PENYIKSAAN BERPERINGKAT bermula. Menyusuri bukti yang panjang memang memerlukan daya ketahanan mental & fizikal yang kuat. Anda juga memerlukan keupayaan MTB yang baik serta bekalan makanan + air minuman secukupnya . Laluan down-hill dikawasan ini sangat berbahaya (Bersebelahan Gaung) disamping permukaannya yang tidak rata, keras dan juga terdapat banyak “Jerangkap Samar” (NAJIS LEMBU).  Untuk kayuhan ini sekurang-kurangnya 3Liter bekalan air minuman diperlukan (For Beginner).

Tepat jam 11.15pagi & memandangkan ada rider yang dah letih & cuaca semakin panas..Leader memaklumkan kayuhan akan dihentikan setakat ini. Terdapat juga rider yang kebocoran tayar & rantai basikal terputus angkara permukaan trail yang begitu mencabar ini.. Semua rider tersenyum dengan makluman ini & perlahan-lahan berangkat pulang.

Special Thanks to Mr. Ajib Basir for the pictures.