Khamis, 15 Mac 2012

10hb Mac 2012 - Ride to Altantuya Greenhill & Kawasan Sekitarnya.


Sabtu 10hb Mac 2012, aku bersama beberapa rakan kayuh lain telah "menerjah" trail Altantuya Greenhill dan juga sekitar kawasan berhampiran. Kami semua telah berkumpul di Nerd Cycle, Alam Budiman seawal jam 7.30 pagi. Setelah melengkapkan basikal masing-masing kami pun memulakan kayuhan. Kayuhan ini diketuai oleh Abang Zainudin Malip atau lebih dikenali dengan panggilan Din Cop dikalangan KayuhBeb Cyling Club (Otai Seyhh..). 

Diperingkat awal kami melalui laluan yang agak mencabar (Adoiyaaii..awal2 dah Up-Hill maaa...). Namun berbekalkan pengalaman yang ada laluan-laluan ini dapat diatasi dengan jayanya walaupun lidah aku terjelir selepas tiba diatas bukit. Kayuhan diteruskan ke...ntah mana ntah aku just layan jer. Selepas melalui beberapa kawasan lain, akhirnya kami membuat keputusan untuk singgah ke kedai Makcik Donut yang agak popular dikalangan rider-rider MTB. Selepas menjamu selera di Makcik Donut kami sambung perjalanan semula menuju ke...Balik Daaaaa dah pukul 12.00 tuuu.

Kayuhan berakhir di Nerd Cycle (Tempat berkumpul) dan apalagi?? cauulaahh..


Jarak kayuhan lebih kurang 9KM. Apapun ianya merupakan pengalaman kayuh yang gempak gaklah. Sekian. 

1 ulasan: