Isnin, 2 April 2012

Santai Ride Sekitar Setia Alam, 31hb Mac 2012

Sabtu 31hb Mac 2012. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi namun hujan masih belum berhenti. Hari ni ada kayuhan Bukit Ramlee tapi nampak gayanya kalau hujan macamni mungkin dibatalkan. Dalam hati nak kayuh jugak sebab dah tiga minggu tak kayuh. Ah.."gamble" jelah kalau ada adalah..kalau takder aku balik jelah.. Lepas Solat Subuh & siap-siap..apalagi kasi pikul basikal masuk dalam kereta lah.

Tiba di Restoran DE Sek 8 kelihatan Abg Din (Zainudin Malip) dan dua orang rakan lain sedang bersarapan. Apa lagi aku pun mengambil kesempatan bersapan bersama mereka. Lepas sarapan Abg Din menyatakan tak pergi ke Bukit Ramlee cuma kayuh disekitar Setia Alam sahaja. 



Ride kali ni aku menggunakan jentera kepunyaan "KABIN SUB" Merida Matts TFS XC800. Memang power!! berbeza dari Matts 5 aku. Cuma dalam hati ada risau sikit pasal tayar basikal saiz 2.35 & Fork Travel 150mm pulak tu...hmmm try layan jelah. Tak try mana nak tahu basikal power ker atau aku yang tak power kah..kah..kah. Dari Restoran DE kayuhan menyusur ke kawasan Bukit Bandaraya terus & cross ke Highway Setia Alam & masuk ke kawasan perumahan Eco Park (Setia Alam). (Baru ON ROAD jer ni belum ikut trail lagi).

Cabaran sebenar bermula....1st Up-Hill. Seperti yang telah dijangkakan menggunakan tayar besar adalah satu kesilapan besar. Tapi nak tak nak kena hadap jugaklah..adoiyaiii. Mula-mula boleh lagi..lama-lama berat seyh..apa lagi menolak ler jawabnnyer. Kantoi sudahh. 2nd Up-Hill..allamak! lagi mampus LONG UP-HILL .. aku decide ikut laluan lain jelah..(Chicken lerr). Aku dan sorang rakan lagi buat keputusan tunggu jerlah diorang sambil borak-borak hehee. Rakan kayuhan hari ini (Abg Din & Bob) memang hebat-hebat belaka. Selamba jer naik bukit tinggi-tinggi ni. Diorang ni memang dah lama kayuh & mahir.   

Lepas rakan-rakan lain turun jer bawah kayuhan bersambung dikawasan berhampiran. Apa yang memeranjatkan ialah kawasan ini dipenuhi dengan perumahan PATI (Indonesia). Dah macam perkampungan Indon pun ada. Mungkin diorang ni kerja kontrak dikawasan berhampiran. Yang bestnya bila lalu jer di kawasan perumahan PATI ni diorang siap keluar rumah sambil bersorak memberi sokongan moral. Mereka bilang "Kayuh Pak!..Kayuh Pak! Naik Pak.! dah macam MTB Race pulak..hmm layan jelah hehee..(They Just Care).



Kayuhan bersambung lagi. Kali ni 3rd Up-HIll (Puncak Last) & kawasan projek perumahan baru nak buat. Tinggi gak bukit ni. Heheee... tolak lagi lerr.... Selepas tiba dipuncak, apa lagi..masa untuk bergambar buat kenang-kenangan hari tua. Lepas penat berposing..balik time daaa.. Kami singgah di Restoran DE semula untuk minum-minum. Hujan masih belum berhenti..basikal punyerlah berlumpur. Balik kang dah tentu bini bising. Lantokler..sumbat dalam kete terus cauuuuu...sekian. 

Ada masa aku nak repeat santai kat sini balik..

1 ulasan: