Isnin, 21 Mei 2012

Kayuhan Elmina.


Ahad, 20 Mei 2012 – Alarm hand-phone berbunyi menunjukkan waktu sekarang ialah 5.30pagi. Hari ini ada ride ngan “Geng2 Kayuh Beb”. Lokasinya ialah “Elmina Trail”, Bukit Subang. Mula2 aku rasa cuak gak nak pergi sebab semua rider yang berstatus “GOING” memang kategori “Hardcore”. Di atas jemputan juga ada memberi pesan supaya membawa makananan & air secukupnya. Ini membuatkan aku jadi lebih PANIK & NGERI.  Namun setelah diyakinkan oleh beberapa rakan yang penah pergi ke sana aku tekad nak pergi jugak.

Untuk ride kali ini, sekali lagi aku menggunakan jentera Merida Matts TFS XC 900 yang memiliki keupayaan yang lebih baik dari Merida Matts 5 aku. Tepat jam 6.40pagi aku terus keluar rumah untuk bertemu dengan seorang lagi rakan yang turut serta dalam ride kali ini disebuah restoran di Seksyen 9 Shah Alam.

7.10pagi kami terus bergerak menuju ke lokasi kayuhan. Perjalanan adalah melalui Highway Bukit Jelutong (Tol RM1.40) – Kampung Melayu Subang (Bukit Subang) – selepas Kedai Gmart masuk kiri dan terus sahaja,  then masuk simpang kanan jumpa RV (Restoran Salma). Setibanya di RV kelihatan rider2 yang sampai awal telah berkumpul serta memasang basikal masing-masing. Tiba2 handphone aku berdering....seorang rakan kayuh telah tersesat jalan & aku terpaksa menjemputnya ke lokasi RV sebenar.

Lebih kurang jam 8.30pagi kesemua rider telah diberi taklimat kayuhan & selepas membaca doa kami pun memulakan kayuhan. Diperingkat permulaan laluannya agak mendatar (Kawasan Ladang Kelapa Sawit). Setelah masuk ke fasa kedua barulah PENYIKSAAN BERPERINGKAT bermula. Menyusuri bukti yang panjang memang memerlukan daya ketahanan mental & fizikal yang kuat. Anda juga memerlukan keupayaan MTB yang baik serta bekalan makanan + air minuman secukupnya . Laluan down-hill dikawasan ini sangat berbahaya (Bersebelahan Gaung) disamping permukaannya yang tidak rata, keras dan juga terdapat banyak “Jerangkap Samar” (NAJIS LEMBU).  Untuk kayuhan ini sekurang-kurangnya 3Liter bekalan air minuman diperlukan (For Beginner).

Tepat jam 11.15pagi & memandangkan ada rider yang dah letih & cuaca semakin panas..Leader memaklumkan kayuhan akan dihentikan setakat ini. Terdapat juga rider yang kebocoran tayar & rantai basikal terputus angkara permukaan trail yang begitu mencabar ini.. Semua rider tersenyum dengan makluman ini & perlahan-lahan berangkat pulang.

Special Thanks to Mr. Ajib Basir for the pictures.






Isnin, 2 April 2012

Santai Ride Sekitar Setia Alam, 31hb Mac 2012

Sabtu 31hb Mac 2012. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi namun hujan masih belum berhenti. Hari ni ada kayuhan Bukit Ramlee tapi nampak gayanya kalau hujan macamni mungkin dibatalkan. Dalam hati nak kayuh jugak sebab dah tiga minggu tak kayuh. Ah.."gamble" jelah kalau ada adalah..kalau takder aku balik jelah.. Lepas Solat Subuh & siap-siap..apalagi kasi pikul basikal masuk dalam kereta lah.

Tiba di Restoran DE Sek 8 kelihatan Abg Din (Zainudin Malip) dan dua orang rakan lain sedang bersarapan. Apa lagi aku pun mengambil kesempatan bersapan bersama mereka. Lepas sarapan Abg Din menyatakan tak pergi ke Bukit Ramlee cuma kayuh disekitar Setia Alam sahaja. 



Ride kali ni aku menggunakan jentera kepunyaan "KABIN SUB" Merida Matts TFS XC800. Memang power!! berbeza dari Matts 5 aku. Cuma dalam hati ada risau sikit pasal tayar basikal saiz 2.35 & Fork Travel 150mm pulak tu...hmmm try layan jelah. Tak try mana nak tahu basikal power ker atau aku yang tak power kah..kah..kah. Dari Restoran DE kayuhan menyusur ke kawasan Bukit Bandaraya terus & cross ke Highway Setia Alam & masuk ke kawasan perumahan Eco Park (Setia Alam). (Baru ON ROAD jer ni belum ikut trail lagi).

Cabaran sebenar bermula....1st Up-Hill. Seperti yang telah dijangkakan menggunakan tayar besar adalah satu kesilapan besar. Tapi nak tak nak kena hadap jugaklah..adoiyaiii. Mula-mula boleh lagi..lama-lama berat seyh..apa lagi menolak ler jawabnnyer. Kantoi sudahh. 2nd Up-Hill..allamak! lagi mampus LONG UP-HILL .. aku decide ikut laluan lain jelah..(Chicken lerr). Aku dan sorang rakan lagi buat keputusan tunggu jerlah diorang sambil borak-borak hehee. Rakan kayuhan hari ini (Abg Din & Bob) memang hebat-hebat belaka. Selamba jer naik bukit tinggi-tinggi ni. Diorang ni memang dah lama kayuh & mahir.   

Lepas rakan-rakan lain turun jer bawah kayuhan bersambung dikawasan berhampiran. Apa yang memeranjatkan ialah kawasan ini dipenuhi dengan perumahan PATI (Indonesia). Dah macam perkampungan Indon pun ada. Mungkin diorang ni kerja kontrak dikawasan berhampiran. Yang bestnya bila lalu jer di kawasan perumahan PATI ni diorang siap keluar rumah sambil bersorak memberi sokongan moral. Mereka bilang "Kayuh Pak!..Kayuh Pak! Naik Pak.! dah macam MTB Race pulak..hmm layan jelah hehee..(They Just Care).



Kayuhan bersambung lagi. Kali ni 3rd Up-HIll (Puncak Last) & kawasan projek perumahan baru nak buat. Tinggi gak bukit ni. Heheee... tolak lagi lerr.... Selepas tiba dipuncak, apa lagi..masa untuk bergambar buat kenang-kenangan hari tua. Lepas penat berposing..balik time daaa.. Kami singgah di Restoran DE semula untuk minum-minum. Hujan masih belum berhenti..basikal punyerlah berlumpur. Balik kang dah tentu bini bising. Lantokler..sumbat dalam kete terus cauuuuu...sekian. 

Ada masa aku nak repeat santai kat sini balik..

Isnin, 26 Mac 2012

BENGKEL HALA TUJU InQKA 2012

Pada 16 - 18hb Mac 2012, Institut Kualiti InQKA & Perkembangan Ilmu (InQKA) UiTM, telah mengadakan bengkel khas untuk staff dalam usaha memantapkan lagi proses-proses serta aktiviti kualiti di UiTM khususnya. Bengkel dihadiri oleh kakitangan sokongan & juga Felo-felo InQKA sendiri. Bengkel juga turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga kakitangan masing-masing. Pada hari pertama bengkel, program dimulakan dengan kata-kata aluan dari PNC InQKA iaitu Prof Dr. Haji Hazman Shah dan diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan sehingga tengah hari. Perbincangan dihentikan bagi membolehkan staff menikmati makanan tengahari yang lazat.  Kemudian pada sebelah petang aktiviti sukaneka bersama keluarga pula telah dijalankan.


Pada sebelah malam, selepas "Barbeque" dan acara lucky draw dijalankan, staff mengambil peluang untuk bersiar-siar disekitar bandaraya Melaka. Jonker Street menjadi pilihan kerana kemeriahan yang ada disitu seakan-akan "Up-Town"...tapi biase jer & sama jer barang yang dijual. Apa yang menarik dan dirasakan luar biasa ialah apabila dapat melihat "Mat Saleh" mabuk terhoyong-hayang kat dalam BAR sambil menari 'Twist"...lagu Elvis seyhh..adoiiyaiii. Malam semakin dingin Jonker Street pun semakin sayu (Closing Time daa...) Kebanyakan yang berniaga di Jonker Street adalah peniaga berbangsa China..like Petaling Street maaaae.. Dan apa yang bagusnya (The Best Part...kat tempat lain takder kot) lepas habis jer meniaga depa ni terus "CUCI' tempat meniaga diorang bersih-bersih. Sampah pun depa kutip habis taknak nampak kotor langsung. NO Wonder Melaka dapat title negeri paling bersih di Malaysia. Hari semakin lewat..balik daaa....

18hb Mac 2012 - At 10.00am : Check Out.
                             At 11.00am: Jalan-jalan at Zoo Melaka.
                             12.30 Tgh  : Balik to Shah Alam.


Monster..



Susah nak ngorat awek sbb kena jaga anak.

Mak angkat Adwa...hahaa.

Best Friend

Nik - Saudagar Barangan Antik.



Parah di tanduk gajah.



Perbincangan Kumpulan.

Felo inQKA

My Big Boss

Main-main kerja.


Pakar Tiup Belon.



Danish.


Hope to come again to Melaka...

Khamis, 15 Mac 2012

10hb Mac 2012 - Ride to Altantuya Greenhill & Kawasan Sekitarnya.


Sabtu 10hb Mac 2012, aku bersama beberapa rakan kayuh lain telah "menerjah" trail Altantuya Greenhill dan juga sekitar kawasan berhampiran. Kami semua telah berkumpul di Nerd Cycle, Alam Budiman seawal jam 7.30 pagi. Setelah melengkapkan basikal masing-masing kami pun memulakan kayuhan. Kayuhan ini diketuai oleh Abang Zainudin Malip atau lebih dikenali dengan panggilan Din Cop dikalangan KayuhBeb Cyling Club (Otai Seyhh..). 

Diperingkat awal kami melalui laluan yang agak mencabar (Adoiyaaii..awal2 dah Up-Hill maaa...). Namun berbekalkan pengalaman yang ada laluan-laluan ini dapat diatasi dengan jayanya walaupun lidah aku terjelir selepas tiba diatas bukit. Kayuhan diteruskan ke...ntah mana ntah aku just layan jer. Selepas melalui beberapa kawasan lain, akhirnya kami membuat keputusan untuk singgah ke kedai Makcik Donut yang agak popular dikalangan rider-rider MTB. Selepas menjamu selera di Makcik Donut kami sambung perjalanan semula menuju ke...Balik Daaaaa dah pukul 12.00 tuuu.

Kayuhan berakhir di Nerd Cycle (Tempat berkumpul) dan apalagi?? cauulaahh..


Jarak kayuhan lebih kurang 9KM. Apapun ianya merupakan pengalaman kayuh yang gempak gaklah. Sekian.